Wednesday, 23 January 2013



Khamis,24/1/2013

UDANG MASAK TIGA RASA



BAHAN2:
1/2 kilo udang (kalau boleh udang tu besar2 skit)
14 biji cili kering (dikisar)
10 biji cili api (dikisar)
1 inci halia (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk&dicincang)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit kunyit serbuk
sedikit air
garam,gula.(ikut kesesuaian rasa)
sedikit minyak untuk menumis


CARA:

1. Bersihkan udang.kemudian gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. panaskan minyak, goreng udang separuh masak kemudian angkat.
3. kemudian tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
4. masukkan cili kering&cili api yang dikisar tadi.tumiskan cili biar betul2 masak.
5. kemudian masukkan sos cili,sos tiram serta daun limau purut.
6. kacau rata..tambahkan sedikit air,biarkan direneh seketika.
7. masukkan udang.rata udang bersama dengan kuah.
8. masukkan gula dan garam. (ikut kesesuaian rasa)
9. masukkan bawang besar. rasa  masam manis serta pedasnya.
10.kacau rata dan angkat.




"selamat mencuba"

posted by myra nur at 2:13 PM

No comments:

Post a Comment